Saturday, January 29, 2011

ANEH TAPI NYATA | UNTUK DI RENUNGKAN

wanita








1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang
yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah
akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suaminya.
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut,burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16 Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17 Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18 Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19 Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuann lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

p/s:be strong..


wallahua`lam

Friday, January 28, 2011

ukhti, kamu cantik sekali





Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi hanya di mata manusia. Sedangkan yang Maha Kuasa tak pernah memandang
rupa atau pun bentuk tubuh kita.
Namun Ia melihat pada hati dan amal-amal yang dilakukan hamba-Nya.
Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi cantik body tak akan pernah abadi.
Saat ini para pesolek boleh berbangga dengan kemolekan wajah ataupun bentuk tubuhnya.
Namun beberapa saat nanti, saat wajah telah keriput,
rambut pun kusut dan berubah warna putih semua, tubuh tak lagi tegak, membongkok termakan usia,
tak akan ada lagi yang boleh dibanggakan.
Lebih-lebih jika telah memasuki liang lahat, tentu tak akan ada manusia yang mau mendekat.
Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi kecantikan hanyalah pemberian dan untuk apa dibangga-banggakan?
Sebaik-baiknya kecantikan disyukuri dengan cara yang benar.
Mensyukuri kecantikan bukanlah dengan cara mendedahkan,
mencantikkan gambar atau men"posing" dalam pelbagai angle ,
sedangkan hakikatnya wajah itu bukan miliknya.
Tidakkah engkau merasa sedikit malu bila banyak mata lelaki ajnabi yang memandangi berhari-hari?
Tidakkah engkau malu ketika wajahmu dinikmati tanpa keizinanmu kerana engkau sendiri yang menayangkan rupamu.. Ataukah rasa malu itu telah punah, musnah? Betapa sayangnya jika demikian sedangkan ia sebagian dari keimanan.
Ukhti, kamu cantik sekali
Tapi apa manfaat pujian dan kekaguman seseorang?
Adakah ia akan menambah pahala dari-Nya?
Adakah derajatmu akan meninggi di sisi Ilahi setelah dipuji?
Tak ada yang menjamin wahai ukhti.
Mungkin malah sebaliknya, wajah cantik itu menjadikanmu tak punya harga di hadapan-Nya,
karena kamu tak mampu memelihara sesuai dengan ketentuan-Nya.
Ukhti, kamu cantik sekali
Kecantikan itu harta berharga,
bukan barang murah yang bisa dinikmati dengan mudah.
Dimana nilainya jika setiap mata begitu leluasa memandang cantiknya rupa.
Dimana harganya jika kecantikan telah ditayangkan umum.
Dimana kehormatan sebagai hamba tuhan jika setiap orang, baik ia seorang kafir,
musyrik atau munafik begitu mudah menikmati wajah para muslimah?
Ukhti, kamu cantik sekali
Alangkah indah jika kecantikan fizikalmu itu dipadu dengan kecantikan hatimu.
Apalah ertii cantik rupawan bila tak memiliki keimanan.
Apalah guna tubuh molek memikat bila tak ada rasa malu yang lekat.
Cantikkan dirimu dengan cahaya-Nya.
Cahaya yang bersinar dari hati benderang penuh keimanan.
Hati yang taat senantiasa patuh pada syariat.
Hati yang taqwa, yang selalu menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya.
Hati yang sederhana, yang tak berlebihan dalam segala urusan dunia.
Ukhti, kamu cantik sekali
Maka tampillah cantik di hadapan penciptamu
karena itu lebih bermakna dari pada menampilkan kecantikan pada manusia yang bukan muhrimmu
Tampillah cantik di hadapan suamimu, karena itu adalah bagian dari jihadmu.
Mengabdi pada manusia yang kamu kasihi demi keridhoan Ilahi.
Tampillah cantik, cantik iman, cantik batin, cantik hati, karena itu lebih abadi....

Thursday, January 20, 2011

dari sahabat untuk sahabat

Sahabatku sayang...
aku bukanlah sesempurna yang disangka,
bagiku aku hanyalah insan biasa..
insan yang sering membuatmu terluka,
insan yang sering membuatmu kecewa..
namun hanya satu yang ku tahu,
itulah keindahan ukhwah..
kita ditakdirkan utk bertemu,
bertemu utk saling melengkapi,
menjadi dua insan..yang saling berkasih sayang..
moga kita tergolong dalam golongan,
yang mendapat naungan di Akhirat sana..

Sahabatku sayang..
hadirmu dikala aku perlukan seorang teman..
teman dikala suka mahupun duka..
teman dikala aku 'hidup' mahupun 'mati'..
teman untuk berteduh di setiap penjuru hatimu..
teman untuk ku berkongsi,
keindahan hidup dan kepelbagaian rasa..
teman untuk ku cipta pelbagai kenangan,
kenangan terindah ketika kita bersama..
kerna kenangan itulah yg membuatkan aku 'hidup'..
dan dgn kenangan itu jualah,
ingin ku jadikannya sebuah kisah klasik,
utk masa hadapanku...

Sahabatku sayang...
tidak tahu bagaimana utk aku tuturkan,
perasaan sayang,kasih dan rindu ini,
sebagaimana yg sering kita bicarakan,
setiap masa,setiap ketika,
hanya kita yang merasa...
ukhwah kita sukar utk dimengertikan,
tak siapa yg mungkin faham,
indahnya secebis cinta yg telah DIA anugerahkan
..

Wednesday, January 19, 2011

daurah booster iman




Alhamdulillah..semalam Allah sekali lagi memberi saya peluang dan ruang untuk meringankan langkan pergi daurah booster iman...Alhamdulillah..Alhamdulillah..syukur sangat2, tu sahaja perkataan yang dapat diungkapkan, walaupun saya telewat ke sana kerana kekangan tertentu..yang sebenarnya malam tu saya ada kelas sampai pukul 10 pm dan program bermula pukul 6pm lagi, masa tu semua akhwat kena berkumpul di baiti dakwah.(BD)., tapi sekali lagi Allah telah permudahkan urusan saya..malam tu kelas tamat jam 9.30pm, jadi saya boleh lah pergi kesana lebih awal..dan sekali lagi Alhamdulillah sebabnya malam tu bila mana saya ke perhentian bas, saya berjumpa dengan 2 orang akhwat yang juga nak ke sana..sekali lagi Allah mengirimkan teman kepada saya untuk ke BD kerana hari sudah lewat malam dan keadaan di pehentian bas tu boleh tahan juga seram dan gelapnya..tapi nsesungguhnya Allah adalah pengatur terbaik bagi hambanya...( Alhamdulillah Ya Allah 3x)..selama 15 min kami menunggu datanglah bas rapid,jadi kami pun terus naik...sampai jer kat BD kakak dari PEMBINA dah bagi pengisian..tapi walau macam mane pun kami masih sempat masa Q & A( question n answer)..masa pengisian tu..saya tertarik dengan satu cerita yang dibawa akak tu..akak tu memang bagus, dia dah kawin, masa dia bg pngisian tu anak dia pun ada sekali, kecil lg..dia kerja kat petronas..kira gaji mahal jugak  lah..tapi yang saya bangga nya dia masih bergiat aktif dalam aktvt dakwah..makna kata tiada alasan dan halangan dalam menegakkan syiar islam..yg peting MAHU DAN TAHU,TP JGN MALU.."nak 1000 daya, xnak 1000dalih"subahanallah..kalau lh ramai ank muda muslim mcm tu..mmg berkembang dan diangkat tinggi lah islam tu,,(dah lari tjuk dah..xpe iklan jap)... 0k berbalik dengan cerita yang dicerita akak tadi..macam ni..ada 2 orang sahabat baik iaitu umar dan uzair, mereka berdua pergi mengembara di hutan belantara, kemuidan dah lama berjalan mereka berdua tersesat dan sangat letih..jadi masing2 menyalahkan  pasangan masing2, umar slhkn uzair dan sebaliknya..lama kemudian mereka pun bertumbuk dan menyebabkan umar tercedera.. lalu umar sangaaaaat sedih, lalu ditulisnya di atas pasir " hari ini teman baikku telah mencederakanku"..uzair kehairanan, namun mereka masih lagi meneruskan perjalanan tapi masing2 diam seribu bahasa..ketika itu umar sangat sedih..dan tidak lama kemudian mereka terjumpa sebatang sungai yang boleh tahan dalamnya..kemudian umar dengan persaan sedih pergi terjun ke dalam sungai itu..uzair terkejut, "umar ni x betul ke kenapa dia terjun kedalam sungai yang dalam tu..namun dia lihat umar terkapai-kapai, tanpa berfikir panjang uzair turur terjun ke sungai untk mnyelamatkan umar..selepas itu mereka berdua naik ke darat.. tiba2 umar tsenyum dan pergi ke sebiji batu dan dia telah mengukir di atas batu itu " hari ini sahabatku telah menyelamatkanku"..uzair hairan dan terus bertanya wahai umar kenapa bila mana aku menyakiti mu, engkau tuliskn di pasir bahawa aku talah mencederakanmu.tapi selepas aku menyelamatkan mu..engkau mngukir di atas batu yg aku telah mnyelamatkanku...sambil tersenyum.." wahai sahabatku apa kejahatan yang engkau lakukan kepadaku biarlah tulisan itu hilang ditiup angin..dan segala kebaikan yang engkau lakukan biarlah terpahat di batu ini selama-lamanya..*m0de:-segala kejahatan yg kawan kita lakukan jgnlh dikenangkan dan ada sifat dendan, tp kebaikan yg 0rg lakukan pada kita biarlah kita kenang dn pahatkan dlm hati kita smpai bila2..kerana maaf tanpa redha dr hati tiada gunanya..tp maaf disertakan dengan redha..I.Allah...bahagia selamanya....wallahu'alam..

orang-0rang pertama dalam sejarah islam

1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS


2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS


3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS

5.. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah: Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW: Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita: Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW: Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW: Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA

24.. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : H arun Ar-Rasyid RH

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW: Ali bn Abi Tholib RA

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhammad SAW


jawatan kosong : j0m Apply !


SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN


*KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

*EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

*TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

*LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

*KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

*PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

*ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

*CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

*TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".



sumber:
http://kerepek-net.blogspot.com/search?q=jawatan+kosong

Tuesday, January 18, 2011

kata-kata yang penuh makna





sesiapa yg jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hinnga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang shahid." (riwayat Hakim, Ibn Asakir, Al-Dailami, dan lain2)dalam riwayat lain pula maksudnya: " sesiapa yg jatuh cinta, lalu dia mmelihara ksucian drinya dan bersabar hingga meningggal dunia, maka dia adalah seorg yg shahid." cinta yg bertandang di lubuk hati itu fitrah. namun, apabila ia d susuli dgn tindak-tanduk yg tdk Allah redhai, ia akn bertukar mnjadi fitnah... petikan dr: Pemilik Cintaku Setelah Allah n Rasul (fatimah syarha mohd nordin)


 sabda Baginda saw:"Sesungguhnya ALLAH telah menetapkan atas setiap anak Adam bahagiannya dari zina. Dia pasti mendapatkannya & x dpt mengelak. Zina mata adalah melihat, zina lisan adalah berbicara, nafsu berangan-angan & mngharapkan sementara faraj (kemaluan) membenarkan @ mndustakan."[sahih Bukhari] Think:maka apakah mereka yg couple dpt mngelakkan zina???

Dua mata yg ku inginkn...bukanlah mata kekasih yang ku 

inginkan..tetapi mata yang sentiasa menangis mem0hon 

keampunan pada Allah S.W.T..mata yang menitis air mata 

kerana menahan mngantuk utk b'amal pd waktu mlm..dn aku 

tahu, kedua2 mata itu 

msh jauh drku..aku hnyalah insan yg jahil dan hina..mataku 

sering mlakukn kmungkaran kpd Allah..ya Allah ttpkanlh 

mata yg mlakukn kmungkrn pd Mu..aku lbh rela buta dr trs 

mnrus mlakukn maksiat kpdMu..Ya Allah,ssngghnya dr mata 

trun kehati i2 sdh kurasai..bagaimana mata ini mlakukn 

maksiat pd Mu shngga hatiku jua mlakukn maksiat..maka Ya 

Allah ampunkan aku ssngghnya Engkau Maha pngampun..

                                                                        Amiin.....
  






sahabat ku mencintaimu kerana Allah..

Ali dan Ahmad merupakan org yg hidup dalam serba kekurangan.
Mereka berdua berkawan baik.Setiap kali selepas sehari berusaha mencari rezeki,mereka akan singgah ke masjid dan berdoa.

Ahmad bertanya,
"Kau berdoa apa harini Ali?"
Ali menjawab,"aku berdoa agar dikurniakan rezeki yg lebih,bulan ini perbelanjaanku lebih dari biasa..                        engkau pula beroda apa?
Ahmad hanya tersenyum tanpa jawapan.

Keesokannya,Ali memberitahu Ahmad doanya makbul kerana majikannya memberikan bonus.
Ali berkata,"Harini aku ingin berdoa semoga isteriku selamat bersalin."
Kemudian mereka berdua pun msuk kedalam masjid dan berdoa.
Usai berdoa,Ali bertanya kepada Ahmad apa yg dia berdoa pada harini tetapi Ahmad masih lagi tersenyum,masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian Ali memberitahu Ahmad bahawa isterinya selamat bersalin.Katanya,"Tidak sangka doaku sgt makbul,alhamdulillah."
ahmad berkata,"Tahniah Ali,aku harap anakku sembuh dari penyakitnya."Ali bertanya,"kenapa dengan anak kau?""Anakku sakit tenat beberapa hari ini,aku bimbang Ali."Ali berkata,"Kau jgn risau,doalah kuat2 skit."Kemudian keduanya msk ke masjid.

Beberapa hari kemudian Ali bertanya,"Bagaimana keadaan anak kau AHmad?""Macamtu saja,tidak berlaku bnyk perubahan."
"aku tidak sgka doaku sgt makbul tetapi kau...."Ahmad bertanya,"Kenapa dengan aku?"Ali menjawab,"aku lihat doamu tidak makbul Ahmad."
Ahmad tersenyum....Ali pun menjadi hairan lantas berkata,"Doamu tidak makbul tetapi kau masih tersenyum?"Ahmad menjawab,"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah,Alhamdulillah."
Kemudian Ali berkata,"Tetapi tidak melihat sebarang perubahan pada diri kau."
Ahmad tersenyum dan berkata,"Doaku sejak dari dulu hanyalah untukmu wahai sahabatku. Aku berdoa agar Allah memakbulkan setiap doa yang engkau piinta kepadaNya."

Semoga mendapat iktibar...
Ketahuilah doa kita untuk org lain itu lebih tinggi disisi Allah...
Selamat berdoa.....(^_^)

Dipetik dan diubahsuai dari Majalah Solusi isu 22,Doa,Mustajab atau Terhijab.

Sunday, January 16, 2011

sedarlah kemampuan kita...

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 :
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
~dari santaisini~

NAK BUAT MAKSIAT TAPI DENGAN SYARAT.......

   Suatu hari datang seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"


Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu, dia mengangkat keningnya seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Saturday, January 15, 2011

gerak tari jemari pertama


Bismillahirahmanirahim..
Alhamdullillah..akhirnya pada jam 2.12pm terciptanya juga blog ni...InyaAllah tarian jari jemari saya di atas papan kekunci komputer ini hanya menarikan sesuatu yang bermanfaat terutamanya untuk diri saya sendiri, keluarga, sahabat-sahabat, masyarakat, agama,bangsa dan negara,,kerana dalam setiap doa saya mengharapkan diri ini menjadi "anak yang baik buat kedua orang tua ku, adik yang baik untuk kakak, jadi kakak yang baik untuk adikku,isteri yang baik buat suamiku, kawan yang baik buat teman-temanku, orang yang baik untuk orang di sekelilingku, umat yang baik untuk Nabi SAW, dan hamba yang baik untuk MU Ya Allah "....

saya tahu dan sedar akan diri ini yang bukan sesempurna yang disangka,  saya hanyalah insan biasa, insan yang sering membuat orang disekeliling terluka, insan yang sering membuatkan orang kecewa, namun hanya satu yang saya tahu dan yang saya mahu iaitu ingin menjadi seseorang yang membuatkan orang disekeliling saya selesa dan InsyaAllah bahagia terutamanya untuk keluarga dan kawan-kawan sebab ada mengatakan " temanmu yang sesungguhnya adalah orang yang mahu melarangmu dari berbuat dosa dan musuhmu yang nyata ialah orang yang memujukmu untuk berbuat maksiat."( sayyidina Ali bin Abi Thalib) dan saya juga mengharap saya bukan musuh dalam selimut buat keluarga dan kawan-kawan seperti kata-kata salafunasshalihin "setiap orang yang membuatmu lalai dari taat kepada TuhanMu adalah musuh dalam selimut, sekalipun ia menampakkan diri sebagai kawan yang jujur dan ikhlas."

mak, ayah, abang, adik,kakak, dan sahabat-sahabatku, saya sedar..saya insan yang lemah, insan yang ibaratnya yang baru pandai bertatih untuk menuju ke sesuatu tempat..dengan ini saya mengharapkan kalian semua berada disamping saya..semoga hadir kalian dikala saya perlukan seorang teman, teman dikala suka dan duka, teman untuk saya berteduh di setiap penjuru hati,teman untuk berkongsi keindahan hidup dan kepelbagaian rasa, teman yang menarik saya ketika saya hanyut, teman yang memimpin saya ketika saya ingin terjatuh, teman yang memapah saya ketika saya lemah dan tidak mampu menongkah arus dunia yang penuh pancaroba...

semoga kalian semua tidak leraikan ikatan yang terjalin antara kita walaupun pelbagai dugaan yang mendatang..semoga ikatan ukhwan kita hingga ke taman syurga..


"Nikmat paling manis apabila ALLAH TA'ALA mentarbiah kita dengan pelbagai ujian.. Namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan yang memberikan suntikan semangat perjuangan. Alirkan Halawatul Ukhuwah kesungguhan dalam perjuangan melalui RABITAH HATI.."